Hari demi hari berlalu tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Bulan May telah tiba menandakan bahawa kami hanya tinggal masa kira-kira sebulan sahaja sebelum kami menduduki exam di hujung semester. Dan seperti biasa, ketika ini kami dibebani dengan assignment dan test yang berturut-turut. Itu tak termasuk lagi dengan proposal final year project (FYP) yang kami kena bentang. Huhuhu..sakit pulak kepala fikir...(#_#)
Cakap pasal test, aku teringat cerita semester lalu. Jika dibandingkan dengan semester ini,semester lalu kami agak tertekan sebab subjek-subjek yang kami kena ambil agak berat dan susah. Oleh itu,berbagai cara yang digunakan oleh students untuk score dalam subjek-subjek tersebut. Pernah suatu petang, selepas test Calculus, kawan baikku, Meimei, memberitahu...
"Hasni,tadi saya tengok Mala meniru semasa test la,"
"Eh,awak biar betul Mei,entah2 awak salah tengok kot," ujarku.
"Tak,saya yakin dia meniru," balas Mei dengan yakin.
"Macam mana awak tahu dia meniru?" tanyaku lanjut.
"Sebab tadi saya duduk di belakang dia. Saya tengok dia sibuk tengok handphone dia sambil jawab test tadi. Then,bila dia angkat hp tu,saya dapat tengok gambar2 nota dalam hp dia," kata Mei dengan bersungguh-sungguh.
"Oh..patutlah sebelum test tdi dia pinjam nota ringkas saya dan ambil gambar. Menyesal saya pinjamkan dia nota tu," kataku dengan kesal.
Itu adalah salah satu cara yang mereka gunakan untuk memastikan mereka score dalam subjek tu. Menyalahgunakan teknologi yang ada. As a result, memang diorang dapat markah tinggi, kami yang x meniru ni semua dapat markah rendah...huhu..
Tapi aku x kisah, sebab aku tau yang aku telah cuba sedaya upaya. Meniru bukanlah salah satu cara pembelajaran dan boleh menghilangkan berkat pada ilmu yang kita pelajari. Yang penting, aku belajar dari kesilapan yang aku lakukan. Selepas perkara itu berlaku, aku dan Mei mengambil kata putus untuk menasihati Mala. Alhamdulillah, Mala akhirnya sedar dan berjanji tidak akan melakukannya lagi....^_^
Sumber gambar :
www.hdwallpapers.in